Saturday, November 23, 2013

BUAT SAHABAT-SAHABAT DI PERANTAUAN

Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat-sahabat...

Kenangan sahabat-sahabat yang kini berada di sebelah Selangor yang terdiri dari Yusof Mat Amin, Rosmayudi ( Adik Awang ), Shukri dan Karma Amin. Semoga anda berbahagian selalu bersama keluarga dan di tempat orang. Jangan lupa kami di kampung halaman.


MINGGU KE 2 CUTI PERSEKOLAHAN 2013

Sedar tidak sedar kita dah berada di minggu ke 2 cuti sekolah bagi sesi 2013. Apa perancangan cuti anda minggu ni? Admin masih sibuk ke sekolah minggu ini untuk menyelesaikan perkara-perkara yang barkaitan dengan tugas untuk tahun 2014. Sebenarnya tahun depan lebih mencabar lagi sistem pendidikan di sekolah bahkan di seluruh negara. Semoga tahun depan menjanjikan yang terbaik untuk kita semua dan kita semua akan bekerja dengan lebih keras untuk mencapai matlamat tersebut.

Untuk pengetahuan semua, ada lagi ahli kita yang mendaftar diri untuk hadir ke majlis jamuan  Reunion pada 30 November 2013 ini termasuklah :
1. Haida
2. Zawadi binti Hashim

Jika ada lagi tambahan sila maklumkan kepada saya sebelum 27 November 2013 ni. Sekadar itu dulu buat masa ini.
Wassalam.

Friday, November 22, 2013

PESANAN PENYELARAS

Untuk ahli-ahli group ini, jangan lupa dapatkan borang biodata diri masing-masing dari urusetia pada hari pendaftaran nanti. Bukan apa, untuk rujukan sahaja..Kita pernah buat pada 18 Dis 2010 di Mayang Sari Resort dulu..sekadar suka-suka...


BARISAN GURU-GURU KAMI TAHUN 1987 ( TINGKATAN 2 )

Ini adalah barisan guru-guru SMASID semasa kami menuntut di sekolah tersebut sekitar tahun 1986 - 1987.
Ada antara guru-guru kami yang telah kembali ke Rahmatullah, bersara dan ada yang masih berkhidmat di SMASID. Antara nama guru-guru yang kami masih ingati sehingga sehingga kini termasuklah Cg Adnan,Cg Ali, Cg Rosdi, Ustaz Abu Bakar, Ustaz Redzuan, Ustaz Ismail, Cg Azhar, Cg Aris, Cg Ramli, Cg Khalid, Cg Apipah dan juga Cg Rashid serta ramai lagi. Terima kasih cikgu kerana mendidik kami sehingga kami mencapai kejayaan seperti sekarang. Terima kasih sekali lagi. Budi dan jasa kalian, hanya Allah yang mampu membalasnya..In Sha Allah...

Thursday, November 21, 2013

LAGI KENANGAN SMASID 86

Assalamualaikum..
Ada sedikit lagi tambahan foto kenangan dulu-dulu di SMASID...Ingat2 lupa..








TINGGAL KENANGAN......

Di sini, admin ingin berkongsi sebahagian foto yang ada di dalam simpanan. Jika ahli-ahli group ini ada foto-foto boleh emelkan kepada saya..din2610@gmail.com. Pada tahun ini ( 2013 ), genap 23 tahun kita meninggalkan alam pesekolahan di SMASID....









KENANGAN MANIS REUNION TAHUN 2010 ( MAYANG SARI )

Pada 18 Disember 2010, Reunion SMASID 1986 telah mengadakan jamuan reunion di Mayang Sari Resort. Seramai 64 orang daripada 23 ahli SMASID telah hadir ke majlis tersebut. Pada masa itu Penyelaras Program ialah admin sendiri, manakala Pengerusi pula ialah Afzairudy Mustafa. Sejak itu, kita semua sentiasa berhubung antara satu sama lain melalui laman sosial dan melalui telefon. Semoga dengan adanya majlis seumpama ini akan mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita. Syabas dan tahniah untuk anda semua.